PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS EN WAN MOHD ZULHAFIZIE BIN WAN AHMAD

Pada 9 Oktober 2020 lepas adalah hari terakhir En Wan Mohd Zulhafizie Bin Wan Ahmad bertugas di Pejabat Operasi Kajang kerana akan berpindah ke Kementerian Luar Negeri. Beliau akan melapor diri di Kementerian Luar Negeri pada 12 Oktober 2020. Pada hari terakhir beliau bertugas, sedikit Majlis diadakan sebagai tanda terima kasih dari semua kakitangan PO Kajang kepada En Wan Mohd Zulhafizie sepanjang beliau bertugas di PO Kajang. Khidmat dan bakti beliau sepanjang 2 tahun bertugas di PO Kajang amatlah dihargai dan disenangi rakan-rakan kerja yang lain. Kami di Pejabat Operasi Kajang mendoakan En Wan Mohd Zulhafizie Bin Wan Ahmad terus maju jaya dan cemerlang di tempat baru.

Sesi penyampaian cenderahati dan bergambar dari Ketua PO Kajang Encik Mohd Shahrill Bin Abdul Rashid kepada yang diraikan En Wan Zulhafizie Bin Wan Ahmad.




Hari terakhir bertugas di Pejabat Operasi Kajang pasti terasa sedih dan sayu bagi En Wan Zulhafizie kerana banyak kenangan manis bersama rakan-rakan di sini.

Mengetip Punch Card buat kali terakhir bagi En Wan Zul sebelum meninggalkan Pejabat Operasi Kajang. Semoga terus berjaya di tempat baru !


En Wan Zul selamat melapor diri di Kementerian Luar Negeri. Antara gambar bersama rakan kerja yang baru di Kementerian Luar Negeri.









Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels