Lawatan Pelajar-Pelajar UPM ke Syarikat Hock Poh Lan Tobacco


Pada 10 Oktober 2019 satu lawatan kerja dilakukan oleh PO Kajang ke sebuah Syarikat Hock Poh Lan Tobacco yang terletak di Kajang. Lawatan ini adalah di atas permintaan oleh pelajar-pelajar dari Universiti Pertanian Malaysia yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai proses pembuatan yang dilakukan oleh sesebuah syarikat termasuklah cara-cara pentadbiran sumber manusia dan kewangan.


Dalam kawasan kilang pembuatan rokok tembakau




Pihak pengurusan syarikat ini memberi layanan yang baik kepada petugas PO Kajang dan para pelajar UPM dengan menerangkan secara ringkas operasi syarikatnya dalam menghasilkan tembakau. Syarikat ini juga sentiasa memberi maklum balas yang baik apabila terlibat dengan survei Jabatan Perangkaan Malaysia.


Daun tembakau mentah yang dikumpul sebelum diproses







Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan-soalan bagi memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan ini dan mereka juga dapat melihat proses operasi syarikat ini secara langsung dari mula hingga ke akhir.


Pekerja syarikat sibuk menjalankan proses penghasilan tembakau







Produk yang dihasilkan dibungkus dengan baik sebelum dipasarkan di pasaran. Kilang ini telah lama beroperasi dan perniagaannya sentiasa bertambah baik secara tidak langsung merancakkan kegiatan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.


Tembakau dibungkus sebelum dipasarkan


Produk yang dihasilkan





Selepas selesai melihat proses pembuatan rokok tembakau ini, para pelajar dijemput untuk ke bahagian pejabat syarikat dan mereka di terangkan kerja-kerja pentadbiran dan kewangan syarikat. Di sini juga pihak syarikat membuat sesi soal jawab dengan para pelajar dan mereka aktif dalam bertanyakan soalan.


Ketua PO Kajang sedang meneliti borang survei DOSM yang dilengkapkan oleh syarikat ini





Selepas selesai taklimat di dalam pejabat syarikat, Ketua PO Kajang sempat menyampaikan sedikit saguhati kepada pihak Syarikah Hock Poh Lan Tobacco sebagai kenang-kenangan dan juga sebagai tanda terima kasih serta penghargaan pihak PO Kajang.


Ketua PO Kajang menyampai saguhati kepada pihak pengurusan Syarikat Hock Poh Lan Tobacco




Sebelum pihak PO Kajang dan para pelajar bersurai, mereka sempat bergambar kenangan bersama pihak pengurusan syarikat. Banyak ilmu dan manfaat yang dapat ditimba dari lawatan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Syarikat Hock Poh Lan Tobacco kerana meraikan lawatan ini.


Ketua PO Kajang dan para pelajar UPM sempat bergambar kenangan sebelum bersurai



Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels