Penghantaran Poskad E-Census

 

Bermula 07.07.2020 hingga 24.07.2020, petugas PO Kajang sibuk untuk mengedarkan poskad E-Census di sekitar daerah Hulu Langat dan Sepang. Pengedaran ini dijalankan secara serentak oleh hampir kesemua staff PO Kajang. Pada masa yang sama, PO Kajang juga menghantar dua wakil untuk menyertai Seminar Banci Malaysia 2020 bersama Ketua Perangkawan Malaysia di Putrajaya International Convention Center (PICC).


Seminar Banci Malaysia 2020


Seminar itu membincangkan topik berkenaan kepentingan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dan ianya dihadiri oleh beberapa tetamu terhormat dari agensi-agensi Kerajaan Malaysia dan juga dari luar negara. Sesi interaksi bersama peserta juga dijalankan untuk memastikan para peserta faham di atas kepentingan banci penduduk ini bukan sahaja kepada Jabatan Perangkaan tetapi kepada agensi-agensi lain. 


Peserta dari PO Kajang juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan kepada Ketua-Ketua Agensi Kerajaan



Sementara itu di kawasan lapangan, pengedaran poskad E-Census giat dijalankan oleh para petugas, tanpa mengira hujan dan panas mereka gigih bekerja untuk menjayakan aspirasi kerajaan dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 ini. Setiap isi rumah yang menerima poskad E-Census ini boleh mengisi banci secara online dan mengurangkan interaksi petugas di antara ketua isi rumah bagi mengurangkan penularan COVID-19 ini.





Kebanyakan kawasan yang terlibat dengan E-Census ini adalah di kawasan bandar terutamanya kawasan kondo. Tidak mudah untuk mengedarkan poskad ini kerana para petugas terpaksa pergi ke setiap rumah yang jumlahnya beribu-ribu buah rumah. Jika berjaya menemui penghuni rumah maka mereka akan memberi penerangan tentang cara untuk mengisi E Census ini secara ringkas dengan SOP penjarakan sosial.







Tidak kurang juga cabaran yang dihadapi oleh petugas PO Kajang yang terpaksa berhadapan dengan binatang peliharaan penduduk yang berbahaya seperti anjing dan beruang. Langkah-langkah keselamatan perlu di ambil untuk mengelakkan sebarang risiko serangan binatang-binatang ini. Tetapi malang menimpa salah seorang petugas yang digigit anjing sewaktu mengedarkan poskad E-Census. Itu adalah asam garam bagi petugas banci Jabatan Perangkaan ini.


Ketua PO Kajang berada di kawasan rumah yang memelihara beruang.

Salah seorang petugas yang digigit anjing


Kemahiran untuk meyakinkan pengurusan kondominium adalah penting bagi petugas untuk mengedarkan di kawasan yang elit ini kerana kebanyakan penghuninya tidak mahu diganggu oleh orang luar. Walau bagaimanapun mereka tetap memberi kerjasama kepada para petugas dan membantu dengan menyediakan pengawal keselamatan atau pekerja pengurusan kondominium untuk mengiringi petugas ketika mengedarkan poskad dari setiap rumah ke rumah yang lain.


Pengawal keselamatan mengiringi petugas

Pekerja pengurusan kondominium turut membantu


Petugas wanita juga menjalankan kerja penghantaran poskad di lapangan





Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor juga turun padang untuk melihat proses penghantaran poskad yang dijalankan oleh petugas PO Kajang. Dari staf bawahan hingga atasan semuanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 ini.


Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor bersama petugas PO Kajang di rumah responden iaitu Mantan Ketua Perangkawan Malaysia.

Dengan kepakaran yang ada pada petugas PO Kajang ini, penghantran poskad E-Census ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar yang berbangkit. Setiap cabaran dan kepayahan berjaya di lalui dengan senyuman dan kesabaran.  Setiap keringat yang membasahi pasti membuahkan hasil yang diharapkan.


Basah kuyup disebabkan turun naik tangga kawasan perumahan yang tiada lift



Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels