Klinik E-Census Booth Banci MPKj

 

Pada 18 September 2020, PO Kajang telah membuka booth untuk menjalankan Klinik E-Census di Majlis Perbandaran Kajang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, tujuan klinik ini adalah untuk membantu orang ramai dalam pengisian E-Census. Orang ramai yang mempunyai urusan di sini juga sempat mengambil bahagian dalam pengisian E-Census disamping mendapatkan maklumat tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.



Petugas PO Kajang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung MPKj tentang banci




Para petugas juga sibuk mengedarkan pamphlet tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada orang ramai, tidak dapat dinafikan masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui tentang banci ini walaupun hebahan di media massa telah dilakukan secara meluas. Ini disebabkan ada dikalangan mereka yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tidak ada masa untuk menonton televisyen di rumah, yang mana hebahan atau promosi biasa disiarkan di televisyen.


Kaunter yang dibuka



Pengunjung tekun mendengar penerangan




Pembukaan Klinik E-Census di MPKj memang sesuai di sini kerana tempat ini menjadi tumpuanorang ramai yang ingin memperbaharui lesen perniagaan atau membayar cukai-cukai tertentu. Sememangnya pendedahan maklumat banci kepada orang ramai perlu dilakukan dengan pelbagai cara supaya ianya sampai kepada sasaran.






Syabas diucapkan kepada petugas PO Kajang yang dapat menjalankan tugas dengan baik dalam membantu orang ramai mengisi E-Census dan mempromosikan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada orang ramai.


Para petugas bergambar kenangan selepas tugas berjaya diselesaikan dengan baik
Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels