Hari Terakhir di Pejabat Lama Bandar Kajang



Pada tanggal 29 Mac 2019 adalah hari terakhir untuk staf PO Kajang berada di pejabat lama iaitu berhadapan dengan Hotel Oriental Crystal, Kajang disebabkan pejabat kami dipindahkan di bangunan Tower Two IOI City Mall. Memang terasa pilu untuk meninggalkan tempat ini setelah lebih 10 tahun berada di sini.



Bilik Ketua PO Kajang yang telah dikosongkan




Banyak kenangan yang manis ketika bertugas di pejabat ini. Tetapi apakan daya tugas dan amanah yang dipikul perlu diteruskan demi negara. Mengharapkan tempat baru adalah menjadi tempat yang lebih baik, tanpa menoleh belakang pihak pengurusan tetap berjuang dan berusaha untuk mewujudkan suasana yang kondusif yang lebih baik untuk staff-staff PO Kajang demi meningkatkan produktiviti mereka dalam menjalankan tugas.


Sesi mengetip punch card buat kali terakhir di pejabat lama







Semestinya tempat baru di bangunan IOI City Mall adalah lebih baik sesuai dengan lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar Kajang, seakan-akan kesedihan yang menimpa bertukar menjadi satu kegembiraan bagi mereka.


Ketua PO Kajang menunjukkan kad akses IOI City Mall




Wajah-wajah keriangan berpindah ke pejabat baru


Sebelum meninggalkan dan menyerahkan kunci kepada pemilik pejabat ini, mereka sempat berkumpul untuk bergambar kenangan di dalam pejabat yang menjadi tempat kami mencari rezeki untuk keluarga tersayang.


Bergambar kenangan buat kali terakhir di dalam pejabat lama




Akhir sekali sebelum berangkat menuju ke pejabat baru, mereka semua sempat bergambar kenangan sekali lagi di pintu masuk bangunan pejabat lama. Semestinya pengalaman bertugas di sini tidak akan dapat dilupakan.


Bergambar kenangan di pintu masuk bangunan pejabat lama




Lambaian terakhir di sini










 

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels