LAWATAN KERJA KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA KE PEJABAT OPERASI KAJANG DAN PERASMIAN PEJABAT BARU

 Pada 12 Mac 2021 telah berlangsungnya sebuah majlis Lawatan Kerja Rasmi di Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Majlis Perasmian pejabat baru yang diadakan dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP). Lawatan yang diadakan pada hari Jumaat, 12 Mac 2021 dihadiri oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Pengarah DOSM Negeri Selangor Encik Muhammad Amri Bin Idris, Ketua PO Kajang Encik Mohd Shahrill Bin Abdul Rashid serta petugas-petugas Pejabat Operasi Kajang. Objektif lawatan ini adalah untuk perasmian pejabat baru PO Kajang yang beroperasi di pejabat baru di IOI City Tower Two dan pembentangan tadbir urus PO Kajang dan pelaksanaan banci daerah Hulu Langat dan Sepang.

Aturcara Program Lawatan Kerja Ketua Perangkawan Malaysia Dan Perasmian Pejabat Baru PO Kajang.

Ketibaan Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin pada jam 10.45 pagi dengan segak bergaya mengenakan baju melayu lengkap serba biru diiringi Ketua PO Kajang Encik Mohd Shahrill Bin Abdul Rashid.


Sesi menandatangani buku pelawat Pejabat Operasi Kajang oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.




Ucapan dari Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sempena Majlis Perasmian Pejabat Baru PO Kajang.


Sesi gimik perasmian dan pelancaran oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sempena Majlis Perasmian Pejabat Baru PO Kajang.

                                       

Sesi tandatangan perasmian oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin (Tengah). Diiringi oleh Pengarah DOSM Negeri Selangor Encik Muhammad Amri Bin Idris (Kanan) dan Ketua PO Kajang Encik Mohd Shahrill Bin Abdul Rashid (Kiri).



Sesi bergambar bersama kakitangan PO Kajang dan Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Sesi pembentangan tadbir urus PO Kajang dan pelaksanaan banci daerah Hulu Langat dan Sepang.











Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels