Promosi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di IOI City Mall, Putrajaya


Pada 9 Ogos 2020 iaitu pada hari Ahad, staff PO Kajang ditugaskan untuk membuka booth untuk mempromosikan Banci Penduduk dan Perumahan kepada para pengunjung IOI City Mall, Putrajaya. Promosi ini adalah penting untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan mengambil bahagian di dalam bancian ini sesuai dengan slogan "Data Anda, Masa Depan Kita".

Seawal pagi para petugas sudah bertungkus-lumus untuk menyediakan segala bahan untuk promosi ini, promosi ini dijalankan setiap minggu di IOI City Mall ini.


Petugas menyiapkan keperluan pembukaan booth banci






Para petugas yang bertugas pada hari tersebut tanpa rasa jemu dan malu sentiasa mengedarkan leaflet banci dan memberi penerangan kepada mereka. Di tambah pula pada hari tersebut pihak HQ Putrajaya juga turut serta untuk membantu masyarakat untuk membuat pendaftaran E-Census.


Petugas HQ sibuk mendaftar E-Census kepada para pengunjung IOI City Mall



Petugas sibuk untuk memberi penerangan tentang banci kepada para pengunjung


Menjelang waktu tengahari, para pengunjung akan dihiburkan dengan kemunculan Maskot Abam Banci. Dijangka Abam Banci ini akan dapat menarik para pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.


Salah seorang petugas mula menyarung pakaian Abam Banci di sebalik tabir



Abam Banci sudah sedia untuk menghiburkan para pengunjung IOI City Mall nanti

Abam Banci dah bersedia


Dengan kehadiran Maskot Abam Banci memang berjaya menarik orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini. Ramai para pengunjung seakan secara automatik tertarik untuk mengambil kenangan bergambar bersama Abam Banci, disamping itu dapatlah para petugas menyampaikan penerangan kepada mereka mengenai banci penduduk.



Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Abam Banci





Abam Banci sibuk melayani para pengunjung untuk bergambar



Para petugas PO Kajang sibuk memberi penerangan kepada para pengunjung




Dapat dilihat Abam Banci sentiasa tersenyum, tetapi pada hakikatnya terasa agak panas juga memakai maskot ini, tetapi demi negara tercinta tiada apa yang dapat menghalanginya untuk berbakti pada negara.


Abam Banci tanpa rasa jemu sentiasa tersenyum


Ketua Pejabat PO Kajang juga turun padang untuk menjayakan promosi banci ini di samping memberi kata-kata semangat dan berterima kasih kepada para petugas yang sanggup mengorbankan hari hujung minggu mereka untuk bersama-sama menjayakan banci ini.


Ketua Pejabat PO Kajang En. Mohd Shahrill bergambar bersama Abam Banci




Sambutan yang diterima oleh para pengunjung amat menggalakkan dan terima kasih juga diucapkan kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar penerangan daripada pihak kami mengenai banci ini.


Petugas sempat bergambar bersama pengunjung yang mengambil bahagian dalam promosi ini









Tidak dinafikan juga sudah ramai dikalangan pengunjung yang memaklumkan sudah mengisi bancian secara online iaitu melalui E Census apabila dihampiri oleh petugas, ini menunjukkan sudah ada kesedaran di kalangan penduduk Malaysia akan kepentingan banci penduduk ini.






Banyak juga pamphlet yang berjaya diedarkan kepada para pengunjung dan ramai juga pengunjung yang mendaftar untuk membuat bancian secara online iaitu E-Census.










Syabas diucapkan kepada para petugas yang bertungkus-lumus dalam menjayakan promosi pada hari tersebut, walaupun penat berdiri dari pagi sehingga petang tetapi mereka sangat seronok untuk membantu Jabatan Perangkaan dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 ini.



 

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels