Pada 15 September 2020 lepas adalah hari terakhir buat Encik Mohd Hafiz bin Ahmad Kassim bertugas sebagai Pembantu Operasi N11 di PO Kajang. Beliau akan melaporkan diri untuk jawatan baru Pembantu Tadbir N19 di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada 20 September 2020.
Oleh kerana ramai staf PO Kajang yang sangat sibuk dengan persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, maka telah diputuskan untuk tidak membuat majlis jamuan khusus untuk perpisahan ini, dan ianya diganti dengan majlis pemberian cenderahati oleh Ketua PO Kajang iaitu Encik Mohd Shahrill bin Abdul Rashid di atas khidmat dan bakti beliau di sini.
Encik Shahrill menyampaikan cenderahati kepada Encik Hafiz |
Bergambar bersama staf PO Kajang yang lain |
Mengetip punch card buat kali terakhir di PO Kajang |
Walau bagaimanapun Encik Hafiz terpaksa kembali bertugas di PO Kajang selama lebih kurang seminggu sebelum kembali lagi di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kerana beberapa masalah teknikal. Kemudian pada 4 Oktober 2020 beliau telah di tempatkan di Hospital Kuala Krai, dan bertugas di Unit Sumber Manusia.
Tahniah diucapkan kepada En Hafiz, semoga maju jaya!.
Bergambar buat kali terakhir bersama staf kawan-kawan pada 2 Oktober 2020 sebelum ditempatkan di Hospital Kuala Krai, |