Encik Hafiz Bertukar Jawatan Baru

Pada 15 September 2020 lepas adalah hari terakhir buat Encik Mohd Hafiz bin Ahmad Kassim bertugas sebagai Pembantu Operasi N11 di PO Kajang. Beliau akan melaporkan diri untuk jawatan baru Pembantu Tadbir N19 di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada 20 September 2020.

Oleh kerana ramai staf PO Kajang yang sangat sibuk dengan persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, maka telah diputuskan untuk tidak membuat majlis jamuan khusus untuk perpisahan ini, dan ianya diganti dengan majlis pemberian cenderahati oleh Ketua PO Kajang iaitu Encik Mohd Shahrill bin Abdul Rashid di atas khidmat dan bakti beliau di sini.


Encik Shahrill menyampaikan cenderahati kepada Encik Hafiz






Encik Hafiz sempat bertugas di PO Kajang sekitar setahun, dan banyak ilmu beliau dapat timba di sini daripada rakan sekerja PO Kajang yang begitu menakjubkan. Diucapkan semoga Encik Hafiz dapat bertugas di tempat baru dengan baik dan dapat memberikan khidmat yang cemerlang di tempat baru.






Bergambar bersama staf PO Kajang yang lain



Mengetip punch card buat kali terakhir di PO Kajang

Walau bagaimanapun Encik Hafiz terpaksa kembali bertugas di PO Kajang selama lebih kurang seminggu sebelum kembali lagi di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kerana beberapa masalah teknikal. Kemudian pada 4 Oktober 2020 beliau telah di tempatkan di Hospital Kuala Krai, dan bertugas di Unit Sumber Manusia.

Tahniah diucapkan kepada En Hafiz, semoga maju jaya!.

Bergambar buat kali terakhir bersama staf kawan-kawan pada 2 Oktober 2020 sebelum ditempatkan di Hospital Kuala Krai,





Share:

Taklimat Koordinasi Pelaksanaan Banci Malaysia 2020

Pada 17 September 2020 berlangsungnya satu Taklimat Koordinasi Pelaksanaan Banci Malaysia 2020 bagi peringkat daerah Hulu Langat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Taklimat ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Najmuddin bin Jemain, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor Encik Muhammad Amri bin Idris, Ketua PO Kajang Encik Mohd Shahrill bin Abdul Rashid serta petugas-petugas PO Kajang.



Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Najmuddin bin Jemain mempengerusikan taklimat




Taklimat ini adalah untuk menerangkan tatacara pelaksanaan banci dan melengkapkan informasi bagi penguasa daerah banci yang dilantik di kalangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Di samping itu juga penguasa daerah banci diperkenalkan dengan MyCD masing-masing yang bertugas mewakili Jabatan Perangkaan yang akan membantu mereka dalam menjalankan pelaksanaan ini.


Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor Encik Muhammad Amri bin Idris sedang menyampaikan taklimat






Sememangnya tugas pelaksanaan banci ini tidaklah mudah, ianya telah dirancang dan dijalankan selama beberapa tahun lepas lagi, komitmen dari para petugas-petugas di belakang tabir ini berjaya melancarkan perjalanan agenda banci ini dengan sistematik dan tersusun.






Taklimat ini berakhir lebih kurang jam 5.00 petang, dan perjumpaan susulan di antara pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat akan dilangsungkan lagi pada masa hadapan sehingga selesainya banci ini.






Share:

Klinik E-Census Booth Banci MPKj

 

Pada 18 September 2020, PO Kajang telah membuka booth untuk menjalankan Klinik E-Census di Majlis Perbandaran Kajang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, tujuan klinik ini adalah untuk membantu orang ramai dalam pengisian E-Census. Orang ramai yang mempunyai urusan di sini juga sempat mengambil bahagian dalam pengisian E-Census disamping mendapatkan maklumat tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.



Petugas PO Kajang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung MPKj tentang banci




Para petugas juga sibuk mengedarkan pamphlet tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada orang ramai, tidak dapat dinafikan masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui tentang banci ini walaupun hebahan di media massa telah dilakukan secara meluas. Ini disebabkan ada dikalangan mereka yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tidak ada masa untuk menonton televisyen di rumah, yang mana hebahan atau promosi biasa disiarkan di televisyen.


Kaunter yang dibuka



Pengunjung tekun mendengar penerangan




Pembukaan Klinik E-Census di MPKj memang sesuai di sini kerana tempat ini menjadi tumpuanorang ramai yang ingin memperbaharui lesen perniagaan atau membayar cukai-cukai tertentu. Sememangnya pendedahan maklumat banci kepada orang ramai perlu dilakukan dengan pelbagai cara supaya ianya sampai kepada sasaran.






Syabas diucapkan kepada petugas PO Kajang yang dapat menjalankan tugas dengan baik dalam membantu orang ramai mengisi E-Census dan mempromosikan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada orang ramai.


Para petugas bergambar kenangan selepas tugas berjaya diselesaikan dengan baik
Share:

Perpisahan En Zainuri yang Naik Pangkat

 Pada 19 April 2019, Ketua PO Kajang mengadakan majlis perpisahan untuk Encik Zainuri yang dinaikkan pangkat dan mula bertugas di Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan. Banyak jasa yang dicurahkan oleh beliau di PO Kajang ini. Staff yang lain memang terasa kehilangan beliau kerana banyak pengalaman bertugas bersama beliau.






Selepas majlis uang diadakan selesai, para staff yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan buat kali terakhir dengan En. Zainuri di Pejabat PO Kajang. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga dapat bertugas di tempat baru dengan baik.





Di bawah ini dikongsikan gambar kenangan pada hari tersebut.













Share:

Lawatan Timbalan KP ke Pejabat Akan Diubahsuai


Pada 26 Julai 2019 Timbalan Ketua Perangkawan Tuan Ibrahim Jantan, sempat melawat pejabat baru PO Kajang yang akan di ubah suai sedikit masa lagi di bangunan Tower Two IOI Mall. Beliau ditemani Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor.

Timbalan Ketua Perangkawan melawat pejabat baru PO Kajang yang akan diubah suai di IOI Tower Two
 

Share:

Sekitar Taklimat MyCD Negeri Selangor Banci Malaysia 2020


Pada tarikh 13 hingga 19 Ogos 2020 semua staff PO Kajang dan PO Gombak yang terlibat dengan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 telah menghadiri sesi Taklimat MyCD Negeri Selangor Banci Malaysia 2020 yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Bangi. Taklimat yang diadakan selama 5 hari ini adalah bertujuan mendedahkan kepada para petugas berkenaan proses pembancian penduduk secara bersemuka yang akan dijalankan pada 7 Oktober 2020 hingga 20 Oktober 2020.




Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor sedang memberikan taklimat


Penceramah yang terlibat untuk memberikan penerangan kepada peserta adalah terdiri daripada Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor sendiri dan dibantu oleh Ketua PO Kajang, Ketua PO Gombak dan beberapa penceramah yang lain daripada Jabatan Perangkaan Negeri Selangor.


Ketua PO Kajang sedang memberikan taklimat



Banyak pendedahan yang diterima oleh para petugas banci melalui taklimat ini, disamping itu juga latihan secara hands on juga dibuat bagi menambahkan kemahiran petugas mengenai perlaksanaan Banci Malaysia ini.


Ketua PO Gombak Encik Frankie Albert Antau juga menyampaikan taklimat

Peserta yang terdiri dari PO Kajang dan PO Gombak





Peserta perlu memahami apa yang disampaikan di dalam taklimat ini kerana mereka juga perlu menyampai taklimat begini kepada para penyelia dan pembanci sambilan yang akan dilantik pada penghujung bulan September nanti.


Penjarakan sosial perlu dilaksanan untuk mengelakkan penyebaran COVID 19





Para peserta tekun mendengar taklimat


Di dalam taklimat ini juga para peserta sering mengambil bahagian untuk bertanya soalan-soalan kepada penceramah-penceramah dan disamping itu pihak penceramah juga mengadakan ujian kepada setiap peserta untuk menguji kefahaman mereka di atas taklimat yang dijalankan.







Apabila selesai taklimat para peserta sempat bergambar kenangan bersama dengan Pengarah Jabatan Negeri Selangor dan penceramah-penceramah lain. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program taklimat ini dengan jayanya.


Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Selangor selepas selesai taklimat


Simbolik "C" yang bermaksud Census iaitu Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020


Wajah-wajah ceria para peserta





 

Share:

Popular Posts

Labels